Memories Still Remains





Pontianak
Friday, 26 October 2012 | 0 comment(s)
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianakdipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak.

Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi. Sesetengah berkata, puntianak takutkan perempuan dan hanya menggangu golongan lelaki sahaja.




.